Zahs Needlecrafts

Cerita Saya

Posted on: December 12, 2008

Sebenarnye saya telah pun melayari website Epal ini sejak dari tahun 2005. Sewaktu itu Mesin jahit Janome yang paling murah berharga lebih kurang RM800.00.

Tapi saya masih tunggu dan lihat. Walaupun pada waktu itu saya sudah mula meminati bidang jahitan. Minat saya semakin mendalam apabila rakan serumah saya pada waktu bujang dulu telah membeli sebuah mesin jahit Singer berharga RM800 dan mengikuti kursus menjahit langsir dengan kos yuran hampir RM500. Maka terpendam sahajalah niat menjahit itu selama beberapa bulan.

Kemudian pada tahun berikutnye saya layari lagi website Epal waktu itu Kos mesin Jahit 2049 berharga RM1,399.00 dan Mesin jahit utk Beginner yg berharga RM800 tu tidak lagi di jual. Apa lagi menyesal lah pulak saya kerana asyik memendam perasaan akhirnye mesin jahit yang murah itu tak dapat saya miliki. Waktu itu RM1,399 sangat berat bagi saya terutama cara pembayarannye pula secara tunai. Credit Card pula tiada.

Sehinggalah suatu hari pada hujung tahun 2007 saya melayari satu forum yang memang khas kepada peminat seni jahitan, dan berkenalan pula dengan orang yang telah memperkenalkan saya dengan Mesin Jahit ini dengan lebih mendalam lagi. Barulah saya tahu bahawa Mesin Jahit ini memang banyak gunanye dan sangat bagus terutama kepada beginner seperti saya. Bukanlah maksud saya untuk beginner sahaja, walaupun kepada golongan intermediate ianye masih sangat sesuai. kerana fungsi-fungsinye yang pelbagai beserta tunjuk ajar yang diberi oleh pihak Epal. Ianye Memang berbaloi.

Sewaktu saya membeli Mesin Jahit ini, ia sudah meningkat ke RM1,899.00. Mujur juga beliau membenarkan pembayaran secara kutu, bayaran seberapa termampu dalam tempoh setahun, apabila sudah selesai baru dapat mesin Jahit itu. Pembayaran saya buat tak sampai setahun, lebih kurang 9 bulan sahaja. tidak lama selepas itu ia harga mesin jahit ini terus meningkat sehingga RM2,499.00. Ini kerana pihak Epal telah memasukkan sekali buku-buku projek, beserta VCD dan 15 tapak tambahan ke dalam pakej ini. Memanglah sekiranye produk yang berkualiti serta mempunyai permintaan yang tinggi ia akan meningkat mengikut peredaran masa.

RM1,899.00 tu masih harga lama kerana ia untuk Mesin Jahit dan 4 tambahan tapak sahaja. Saya perlu menambah RM299 untuk menambah 15 lagi tapak tambahan. Saya telah membayar sejumlah RM2,198.00 untuk Mesin Jahit dan tapak tambahan. Kursus percuma selama setahun memang diberi percuma kepada setiap pembeli Mesin Jahit di Epal.

Tapi harga itu tidak termasuk buku 24 projek, beserta Manual Janome 2049 yang lengkap dan VCD cara jahitan. Harga VCD ialah RM69 dan RM10. Manakala buku 24 Jenis projek dan manual lengkap Janome 2049 tidak di jual berasingan. Itulah yang ruginye bagi kami yang terdahulu ni. Dan buku projek ini memang sangat berbaloi dan berguna. Tunjuk ajarnya step by step, bagi memudahkan pemahaman ketika melakukan projek ini di rumah.

Tapi buat masa ini saya buat projek-projek ter sebut dengan menggunakan risalah yang saya beli sekali dengan kit-kit projek. Tapi kadang2 susah juga nak paham. Itulah kalau ada buku tu lebihlah pemahamannye.

Kalau nak tanye apa2 lagi bolehlah juga e-mail ke zahskancil@hotmail.com jgn segan-segan yea!!!

4 Responses to "Cerita Saya"

boleh sy nak beli tapak jer… tapak ni sama x ngn tapak mesin singer

Boleh. Epal ada jual tapak mesin secara berasingan. Tapi harap maaf sy tak dapat nak supply tapak2 mesin ni buat sementara ni. Tapi puan boleh merujuk ke blog epal di http://epalstore.blogspot.com dan boleh purchase direct dari pihak epal.

kak zah saya nak tanya kalau saya nak beli mesin ni mesti dlm tempoh setahun ke.saya amat berminat dari tahun 2007 lg.tp bila dah berkawin ni kena izin dulu.kalau cara kutu tu sebulan berapa ,kalau lebih dr setahun tak ada ka

Terima kasih jijah kerana sudi melayari Blog saya ni… Memang boleh secara kutu, cuma kalau pembayaran tu lebih setahun maka lambat sikitlah dapat mesin tu. Sebab Mesin tu akan dapat selepas habis pembayaran dibuat. Biar saya jelaskan melalui dgn lebih lagi berkenaan pembayaran melalui e-mail yea…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: