Zahs Needlecrafts

Salam Tahun Baru China

Posted on: January 28, 2009

Salam, buat semua rakan-rakan yang masih setia mengikuti blog saya ni. Alhamdulillah setelah beberapa hari bercuti, kita diketemukan semula hari ini untuk menjalani tugasan rutin kita seperti biasa. Saya pohon Maaf sebab lama tak update.

Jumaat lepas (23/1/2009) saya telah mengadakan demo di UIAM dari pukul 11.30am hingga 4.00pm. Alhamdulillah respondnye amat membanggakan. Dan saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian semua yang turut hadir dan menyokong demo disana waktu itu. InsyaAllah kita akan adakan lagi pada waktu-waktu terdekat ini.

Saya telah menerima pertanyaan dari rakan kita yang ingin mengikuti kursus menjahit tetapi mempunyai masa yang terhad dan tiada basic langsung.
Saya juga adalah antara yang pernah mempunyai dilema yang sama. Walaupun saya telah mengetahui kewujudan Epal lama dahulu, tapi tindakan yang saya ambil agak lambat, setelah beberapa tahun kemudian. Pada waktu itu harga sudah naik.

Sistem pembelajaran di Pusat Epal tidak langsung memaksa kita untuk hadir kekelas setiap minggu, bahkan ia bergantung kepada waktu kita sendiri. Ia bukan seperti pembelajaran dalam kelas yang perlu ada tutor. Kita diminta membuat projek-projek jahitan di Pusat Epal dengan di awasi oleh pembantu-pembantu professional yang boleh membantu kita dari pengenalan, memasang benang, jarum dan sekoci hinggalah cara jahitan mata lalat, pucuk rebung atau sulaman. Dan projek-projek ini boleh dibawa kerumah untuk menyambung atau menyiapkannye di rumah dengan mengikuti cara-cara yang ditunjukkan dalam buku-buku latihan 24 projek beserta VCD yang di beri sekali dalam pakej ini.
skm-thp-11
Setelah siap kesemua 24 projek maka, layaklah kita untuk menerima sijil SKM Tahap Satu.

Baiklah berkenaan yuran kursus. Yuran kursus-kursus yang diajarkan adalah bernilai lebih kurang RM2800. Kerana ia merangkumi pembelajaran Membuat pakaian (baju kurung, Baju kemeja kanak-kanak, baju gaun smocking kanak-kanak dll), Seni Cantuman (patchwork), Seni Tampal (applique), Sulaman (termasuk sulaman labuci, manik dan riben), Seni Kuilt (quilt).
senijahitan-kreatif Serba sedikit seni jahitan kreatif yang ada diajarkan.

Namun begitu Pakej pembelajaran ini telah dimasukkan sekali dengan pembelian Pakej Sewing Machine 2049. Berharga RM2,499 merangkumi mesin jahit harmony 2049, beserta 15 jenis tapak tambahan (Magic Kit), VCD tutorial dan buku latihan untuk 24 jenis projek Seni Jahitan dan Fabrik. Beserta kursus selama 12 bulan(setahun).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: