Zahs Needlecrafts

Hi hi!! Apakhabar rakan semua

Posted on: June 9, 2009

addemoticons00812

Dah cukup 42 hari saya berpantang, 2 hari lagi habislah tempoh berpantang saya. Namun begitu kesempatan yang ada sewaktu dirumah tu tak dapat nak saya gunakan untuk update blog ini.Almaklumlah bila nak pegang keyboard je mula lah anak-anak mintak susu lah mintak dukung lah mintak mandilah, bila lagi nak bermanja dgn maknye kan!!!

Walaumacam mana pun disini saya ingin sekali mengucapkan terima kasih dan tahniah buat Adibah beserta suami dari UIAM, sebab telah membeli pakej Harmony 2049 dan secara automatik menjadi ejen VIP untuk Epal. Juga menyokong produk-produk edaran Epal.
Zero To Hero

Saya harap akan ramai lagi yang mengikut jejak Adibah, bolehlah saya buka satu topik dalam facebook ke, supaya kita boleh buat diskusi tentang topik ini, dan lain2.

Macammana dengan rakan dari Langkawi, Maizura dan dari Sarawak, Ez. Mm sebenarnyee ada yang bertanya tentang pusat Epal yang tiada dikawasan mereka.

Seperti di Sarawak, yg paling dekat ialah di Sabah, KK dan Tawau. Begitu juga di Langkawi paling dekat di Sg Petani Kedah. Sekiranya berkesempatan untuk turun ke bandar2 berdekatan anda boleh melawat Pusat Epal disana. Tapi rebet RM99 beserta free gift akan diberi untuk yang booking dgn Zah’s Needlecrafts.

Tapi kalau tak boleh seperti Ez, yang agak jauh juga Pusat Epal terdekat tu, kita akan emailkan informasi yang diperlukan setelah menjadi ahli VIP Epal nanti. Informasi terkini dari Epal juga boleh di ketahui melalui majalah bulanan yang di beri Epal setelah menjadi ahli VIP Epal.

jun09

Cuma mungkin untuk belajar di pusat Epal tu tak dapat, diharap pembelajaran menerusi CD dan buku rujukan itu adalah memadai.

BUKU 24 PROJECT

Saya pun sebenarnya baru beberapa kali ke pusat Epal, itupun agak jarang pergi untuk belajar. biasanye pergi untuk bawa rakan yang nak tengok mesin ataupun cuma nak update PV sendiri dan bertemu upline saya.

Tapi di zaman serba canggih kini saya pasti walaupun bukan berada di Malaysia sekalipun, kita masih boleh belajar menjahit, boleh membeli mesin jahit, boleh menjadi ejen @ ahli VIP epal dan memasarkan produk ini kepada rakan2 sekeliling kita.

Saya harap juga rakan-rakan lain tak perlu tunggu lama. Kerana bila tunggu terlalu lama, kadang kala kita terlepas sesuatu yang istimewa. Mungkin sekarang ni tak perasan, tapi bila sudah terlepas barulah kita rasakan satu kerugian.

Buat semua rakan rebutlah pakej ini sekarang sebelum Epal naikkan harga lagi. Sebab harga Mesin 2049 dulu pernah cuma RM1,699, kemudian RM1,899 dan kini RM2,499.

Memang akan naik RM2,999.00!!!

Sebarang pertanyaan sms ke 019-2571637, atau email ke zahskancil@hotmail.com atau zahskancil@gmail.com atau boleh ym saya di zahskancil75@yahoo.com.my

4 Responses to "Hi hi!! Apakhabar rakan semua"

kak zah saya berminat nak beli cara kut .blh kak jelaskan kpd saya.plzzzzzzzz

Boleh… Saya emailkan detail yea…

hi pn zah.betul ke nama??kita sbnarnya dh lama dok jengok blog zah…selama ni tercarik2 camna nak blaja menjahit sbb sy ni cikgu ERT tp x retila sgt menjahit (maluuuu!!!)…masa blaja kat maktab pun asik on off jek sbb lecturer slalu bz, so apelagi,muridnya pun ala2 malassss..hehe…teringin nak memiliki sewing machine harmony yg rm2499 tuh…rasa cam bes jek.tp sy ni terkenal ngan bila dpt skejap je poyonye,pastuh biarkan jek.tu mak saya la yg ckp.hope bila dpt mesin jahit ni, minat tu forever la yek.kalo bole nak buat baju kurung sendiri after this, x yah hantar taylor lagi…baca dr cerita zah ni mcm senang je membahagi masa antara anak,blogging,menjahit dan saya amat2 kagum sangat…zah buat sumer tu bila?tengah mlm time anak dh tido ke?hhehe….saya br je melahirkan baby boy, tp terpk balik, ble ke buat semua ni bila ade mesin jahit nanti?baby saya ni tido slps isya’ n bagun susu area jam 12..then tido balik sampaila pagi….dulu time bujang nak blaja menjahit asik tangguh je, skrg bila dh ade anak pk 2-3 kali plak.hope zah bagila saya kata semangat nak berjinak2 menjahit nih.saya memang nak serius.w/p thn ni x mengajar jahitan….thun dpn sure kene….alamak!!!..nanti kalo dh pandai ble angkut mesin jahit bwk kelas buat demo kat budak2….hehehe…ni nak tanya..agak2 time raya nanti ade promosi x?ble beli murah skit…hehehe.salam dr saya hana from kajang (ym:juanalisa81)

Salam Hana, terima kasih kerana selalu mengikuti blog saya yg tak seberapa ni. Sebenarnye kalau nak ikutkan masa, memang tak cukup masa. Tapi kita cuba cukupkan masa tu.

Sebelum ni masa saya anak satu bila nak beli mesin jahit ni rasa macam tak cukup budget lah tunggu dulu. Bila dah masuk anak ke dua baru rasa rugi pula tunggu lama2. Masuk anak ke3 saya tekad untuk beli je mesin jahit ni. Tunggu lagi nanti masuk anak 6 dah tak de masa langsung pula nak gunakannye. Skarang ni anak ke 4. Mmm memang agak bz skit. tapi saya kurangkan masa tengok TV sinetron, Akasia dan Samarinda kena lah dilupakan. Menjahit bila bebudak dah tidur. Tak kira lah pagi ke, petang atau malam ke. Biasa masuk tido pun pukul 12 mlm juga. Menjahit sebelah bilik anak2 bila mereka bangun dengarlah. Bila dah seronok menjahit ni jadi tak heran dah rancangan TV.

Memang masa anak masih baby ni tak dapatlah nak duduk lama-lama depan mesin jahit ni, tapi adakala dapat jahit sarung bantal atau seluar koyak ke dah dapat lepas gian menjahit ni…

Blogging ni macam nilah kalau dah seminggu tak update rasa macam satu kerugian pulak. luanglah sejam ke 2 jam untuk blogging dalam seminggu.

Macam Hana baguslah dah tahu basic tak de masaalah untuk meceburkan diri dalam bidang ni. Lebih2 lagi bila dah jadi guru ni lagi banyak peluang yang akan Hana peroleh. Mungkin masa dulu tu kita belum sedar lagi kebolehan kita dan betapa pentingnye pelajaran jahitan ni. Macam saya lah, pernah buat kraft jahitan masa budak dulu, tapi sekadar hobi tak pernah terfikir yang sebenarnye kita ada kebolehan tu. Arwah mak saya pun dulu boleh dikatakan tererlah menjahit ni. Tapi anak2nye tak ade yg mintak tolong ajarkan. Jadinye semua tak reti menjahit pun. Bila dah tua ni barulah tersedar Mak pun dah tak ada. walau macammana pun masih belum terlambat boleh belajar lagi.
Pasal harga promosi masa Raya ni belum tau lagi. Kalau saya ada dengar angin2 voucher rebet, nanti saya akan war-war kan. Tapi kalau tak de pun, kemudian hari nanti Hana pasti akan dapat pulangan yang lebih nanti setelah bergelar ahli VIP Epal.

Hana jangan pulak biarkan minat ni tertangguh tau, sebab bila kita asyik menangguhkannye nanti banyak pula peluang yang terlepas.

Salam dr zahskancil. !End

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: