Zahs Needlecrafts

Archive for April 2011

Salam 2011 semua,. pertama sekali saya inginlah memohon kemaafan sebab dulu dah pernah sy nyatakan yg sy akan keluarkan kit2 jahitan. tapi atas sebab musibab yg tak dapat dielakkan maka saya terpaksa simpan dulu niat saya itu untuk beberapa bulan. Rezeki dr Allah SWT, dikurniakan seorg lg cahaya mata ke 5 dan Alhamdulillah selamat melahirkannya bulan Disember lepas.

InsyaAllah, tahun 2011 ini, akan saya paparkan beberapa produk dari hasil tangan ZNC sendiri. Antara produk yg masih dlm perancangan ialah, servis sewa dulang hantaran dan juga alas dulang hantaran, juga hamper kuih raya untuk hari perayaan, goodie bags atau cenderahati untuk para jemputan majlis perkahwinan, cukur jambul ataupun Hari Jadi.
Saya akan upload kan satu persatu produk2 ini nanti yea!!

Hamper Perayaan

Cenderehati – tempat tisu

ZNC juga ada mengambil tempahan Sulaman untuk Alas Dulang Hantaran. Tempahan Sulaman Baju kurung, Sulaman Logo dan Name-tag, Sulaman untuk alas meja, coaster, apron dan selainnye.
ZNC juga akan memperkenalkan beberapa produk kraft jahitan siap dan produk kit2 jahitan.

Kit Jahitan Kain Felt

Alhamdulillah Tempahan Sulaman nampaknya akan mendapat banyak sambutan. Semoga saya mampu untuk menyiapkan pesanan serta tempahan dari para sahabat kelak… Saya sangat berharap sokongan dari para sahabat dan rakan2. InsyaAllah saya dapat merealisasikan segala perancangan saya ini. Amin….

InsyaAllah dimasa lain nanti akan saya upload gambar produk2 hasil dari ZNC. Kalau tiada aral melintang, tak lama lagila. Nantikan yea!!

~ Zahs Needlecrafts (ZNC) ~

Maaf teman2 semua. Lama saya tak menulis di ruangan ini.

InsyaAllah dengan keberkatan tahun 2011 ini, akan saya cube mmempamerkan beberapa produk kit2 jahitan. Buat permulaan ini, produk kit2 jahitan saya ialah kit jahitan beg strawberi dan mini sewing@ make-up beg.


Beg strawberi


beg strawberi transform menjadi strawberi


mini sewing @ make-up bag